Sistem Maklumat Faraid - Ahli Waris
 
SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA
 
Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka.

Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
 1.  Anak lelaki
 2.  Cucu lelaki dari anak lelaki
 3.  Bapa
 4.  Datuk
 5.  Saudara lelaki seibu sebapa
 6.  Saudara lelaki sebapa
 7.  Saudara lelaki seibu
 8.  Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
 9.  Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1.  Bapa
2.  Anak lelaki
3.  Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
 1.  Anak perempuan
 2.  Cucu perempuan dari anak lelaki
 3.  Ibu
 4.  Nenek sebelah ibu
 5.  Nenek sebelah bapa
 6.  Saudara perempuan seibu sebapa
 7.  Saudara perempuan seibu
 8.  Saudara perempuan sebapa
 9.  Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1.  Anak perempuan
2.  Cucu perempuan dari anak lelaki
3.  Ibu
4.  Saudara perempuan seibu sebapa
5.  Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri