Sistem maklumat Faraid - Pengenalan
 
Laman ini didedikasi khas untuk maklumat orang ramai mengenali Sistem Maklumat Faraid dengan dekat, dan sepintas lalu liputan media massa dan elektronik tempatan mengenai kejayaan sistem ini.
 

LIPUTAN MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA MASSA
 
Pameran Sistem Maklumat Faraid
 
Prof Madya Dr Ahmad Majid sedang memberi penerangan kepada tetamu..
- Dato Ishak tertarik dengan pameran Sistem Maklumat Faraid
 
 
KERATAN AKHBAR TERPILIH !!
 
Berikut adalah liputan yang di beri oleh akhbar tempatan terhadap Sistem Maklumat Faraid :
1. Berita Harian (21 Oktober 1997)
2. Berita Harian (29 Julai 1998)
3. Berita Kampus (11 Ogos 1998)
4. Berita Harian (11 November 1998)
5. Berita Kampus (30 November 1998
6. Berita Harian (17 April 1999)
7. The Star (15 Januari 2002)
8. Berita Harian (10 April 2002)
9. Berita Harian (15 April 2002)

 

BERITA HARIAN  21 OKT 1997

USM cipta cara cepat bahagi harta 

Oleh Rudy Sham Ab Raof 

UNIVERSITI Sains Malaysia memperkenalkan satu sistem baru yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Faraid Berkomputer (SMFB) yang boleh mempercepatkan pengiraan melalui pembahagian harta pusaka. 
Timbalan Dekan Pengajian Sains Komputer USM, Prof Madya Dr Abdullah Embong, berkata dengan adaya sistem itu memudahkan pibak dijabatan agama atau kadi di seluruh negara membuat pengiraan dengan cepat dan tepat. 

Menurut beliau, pihaknya sudah mengemukakan sistem itu kepada pejabat Agama di seluruh negura dan masih menunggu laporan terperinci mengenai perkembangannya. 

“Jika ia bersesuaian, kami akan mengedarkannya kepada pihak Pusat Islam untuk diteliti dengan lebih lanjut dan saya yakin sistem itu akan diterima pakai oleh pejabat agama di seluruh negara,” kata kepada Berita Harian ketika ditemui di Ekspo USM, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC, Kuala Lumpur, semalan. 

SMFB adalah kajian terbaru yang dijalankan oleh tiga penyelidik USM iaitu Dr Abdullah, Prof Madya Dr Abdul Rahni Mat Piah dan Prof Madya Dr Ahrnad Abdul Majid. SMFB ialab satu sistem prototaip yang menggunakan pendekatan pangkalan data dan dijangka menjadi penyelesaian kepada masalah pernbahagian harta yang dijalankan oleh kadi pada masa kini. 

Sistem faraid yang dijalankan pada masa ini agak lumbat dan ia memerlukan masa yang agak lama bagi semua pihak mendapatkan harta peninggalan. 

Menurut Dr Abdullah, sistem ini akan memberikan pembahagian mengikut pecahan dan jika nilai dimasukkan dalam data, ia akan menyediakan pecahan terhadap nilai sebenar harta. “Sistem ini juga di jangka mampu menyelesaikan masalah berlapis berhubung pembabagian harta dan SMFB juga mampu mengatasi pelbagai kesilapan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum pihaknya menjalankan memperkenalkan sistem ini, beberapa penyelidik mengadakan lawatan di pejabat agama di seluruh negara untuk mendapatkan tindak balas daripada mereka. “Ada pakar agama di negara ini meminta supaya sistem itu diperkenalkan segera bagi memudahkan pihak pejabat agama mempercepatkan pengagihan harta pusaka. 

”Jika jabatan agama berstuju dengan sistem itu, kami akan mengemukakan perkara ini kepada Pusat lslam untuk dipertimbangkan,” katanya. 

 

BERITA HARIAN 28 JULAI 1998

USM wujud sistem faraid berkomputer

GEORGETOWN, Isnin – Tiga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membangunkan satu sistem bagi membantu masyarakat Islam menyelesaikan masalah pembahagian harta secara faraid bagi ahll keluarga yang menlnggal dunla. 

Ketua Penalong Pendaftar Perhubungan Awam USM, Sharifah Munlrah Syed Mahamad, berkata slstem ltu, dlkenali sebagai Sistem Maklumat Faraid Ber- komputer (SMF) dibangunkan oleh Prof Madya Dr Abd Rahnf Mt Piah, Prof Madva Dr Ahmad Abd Majid dan Praf Madya Dr Abdullah Embong. 

”Dr Abdul Rahni dan Dr Ahmad bertugas di Pusat Pengajian Salns Matematlk USM, manakala kala Dr Abdullah bertugas dl Pusat Pengajian Sains Komputer,” katanya dalam satu kenyataan, dl sini hari ini.

Dr Ahmad berkata, sistem SMI itu mampu menyelesaikan masalah pembahagian harta, termasuk masalah salasilah keluarga yang berlapis dengan cepat dan segera. 

Menurutnya, sistem itu hanya mengambil masa beberapa saat saja untuk memberltahu hasil pengiraan, berbanding sistem konvensional yang mengambil masa agak panjang dsn perlu dikendalikan oleh mereka yang arif delam bidang berkenaan. 

“SMF juga mudah dikendalikan dan penggunaanya cuma perlu mema- sukkan makkiumat waris, sementara sislem ilu akan mcngira serta memaparkan pembahagian harta mengikut pecahan dan perpuluhan,” katanya. 

Beliau,berkata, sjstem itu akan terus mengira jumlah sebenar yang layak dlterima oleh waris jika pengguna memasukkan kan nilai sebenar harta milik si mati. 

Katanya, sistem itu cuma memerlukan cekera keras kurang daripada satu megabit dan boleh digunakan pada semua komputer peribadi. 

”Keputusan penglraan boleh dicetak serta merta, di samping memaparkan makiumat mengenai sistem faraid dan menyenaraikan waris yang berhak rnenerima harta sl mati,” katanya.

Dr Ahmad berkata, SMF dihasilkan dengan bantuan pelajar tahun akhlr serta sekumpuian pakar rujuk, termasuk ulama tempatan. 

Katanya, sistem itu adalah sesuai untuk kegunaan syarlkat Insurans, bank, Tabung Hajl, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pejabat agama yang selama ini dlbebani dengan masalah pembahagian harta. 

“Sehingga kini, USM sudah mendapat pelanggan pertama iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan sedia dipasarkan melalui Pusat Inovasi dan Perundingan USM,”  katanya

 

BERITA KAMPUS 11 OGOS 1998

Tiga pensyarah bentuk sistem atasi 
masalah pembahagian harta


Oleh KHAIRUNNISA’ CHE’ MAY ARDANIA AYUB

TIGA pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membentuk satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Faraid Berkomputer (SMF) bagi membantu masyarakat Islam menyelesaikan masalah pembahagian harta secara faraid bagi ahli keluarga yang meninggal dunia. 

Dua pensyarah adalah dari Pusat Pengajian Sains lMatematik iaitu Prof. Madya Abdul Rahni Mat Piah dan Prof. iMadya Ahmad Abdul Majid . dan seorang lagi dari Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) iaitu Timhalan Dekan PPSK, Prof. Madya Abdullah Embong. 

SMF ialah satu subsistem daripada Sistem Maklumat Islam (SMIBP) yang disertakan di lebuh raya maklumat jaringan rangkaian di Univeristi Sains Malaysia (USMNET). 

Sistem itu memerlukan ruang cakera keras (hard disk) yang kurang daripada satu megabit dan sistem pengeoperasian DOS, serta bolch digunakan pada semua komputer peribadi. 

Menurut Ahmad, sistern ini mengambil rnasa selama empat tahun untuk dibangunkan dan mendapat hantuan dari pelajar tahun akhir Sains Matematik serta pakar rujuk termasuk ulama tempatan. 

Menurutnya lagi, sistem itu hanya mengambil beberapa saat untuk memberitahu hasil pengiraan, berbanding sistem pengiraan lama yang mengambil masa agak panjang dan perlu dikendalikan oleh mereka yang arif dalam bidang berkenaan. ”Sistem ini mampu menyelesaikan masalah pemhahagian harta termasuk masalah salasilah keluarga yang berlapis dengan cepat mudah dan tepat. 

”SMF juga mudah dikendalikan. dan pengguna cuma perlu memasukkan maklumat waris dan sistem itu akan mengira serta memaparkan pembahagian harta mengikut pecahan dan perpuluhan,” katanya. 

Beliau berkata, sistem itu terus mengira jumlah sebenar layak diterima oleh waris pengguna memasukkan nilai sebenar harta milik si mati. 

Mengulas kenyataan ini, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri P Pinang, Ustaz Haji Mohd Yusoff Che Teh berpendapat sisten mampu menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh kadi contohnya masalah Haul. Namun bagi menyelesai masalah yang lebih rumit seperti Audawiyah dan Musharaqah. sistem ini perlu diselaraskan mengikut pengiraan rnasalah yang dihadapi.

 ”Sistem ini bagus tetapi, diselaraskan mengikut pengiraan masalah yang dihadapi. Ada sesetengah masalah sukar dan mengamhil masa yang panjang untuk diselesaikan. 

Jadi amat perlu satu si dihasilkan bagi memudahkan proses pengiraan,” katanya ketika ditemui. 

Abdullah Emhong berkata sehingga kini USM sudah mendapat pelanggan pertama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan sedia dipasarkan melalui Inovasi dan Perundingan USM 

 

BERITA HARIAN 11 NOV 1998

USM cipta sistem maklumat faraid berkomputer 

GEORGETOWN, Selasa – Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM) menempa sejarah apabila berjaya mencipta kaedah pembahagian harta pusaka secara Islam lebih efisien dinamakan Sistem Maklumat Faraid Berkomputer (SMFB). Melalui SMFB itu terbukti herjaya menyelesaikan masaah faraid secara cepat dan tepat. 

Kejayaan itu hasil usaha tiga pensyarah diketuai Profesor Madya Ahmad Abd Majid serta Profesor Madya Abdul Rahni Mat Piah daripada Pusat Pengajian Sains Matematik dan Profesor Madya Abdullah Embong (Pusat Pengajian Sains Komputer). 

Ahmad berkata, SMFB mempunyai pangkalan data, mudah alih serta serasi dengan komputer peribadi yang boleh digunakan pengguna dan institusi berkaitan dengan mudah. 

Menurutnya, kajian awal membangunkan sistem pengoperasian itu dimulakan pada 1995 dalam Projek Penyelidikan Jangka Pendek USM, manakala program pembangunan sistem operasi ’Windows’ di mulakan pada awal tahun ini melalui geran jangka panjang Institut Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan (IRPA). 

“Walaupun ada usaha membangunkan sistem faraid lain ternyata kaedah ini mempu- nyai kelebihan dan keistimewaannya tersendiri,” katanya di sim, semalam. Sistem itu turut menyediakan bahagian pembelajaran dan penyelesaian masalah faraid secara cekap dan pantas. Sebelum ini pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pembahagian harta pusaka, ter- masuk pegawai pentadbir pusaka di Pejabat Amanah Raya, Pentadbir Tanah Daerah dan Pegawai Pembahagian Pusaka di Pejabat Tanah dan Mahkamah Tinggi menyelesaikan proses faraid secara manual yang mengambil masa lama. 

 

BERITA KAMPUS 30 NOV 1998

USM cipta Sistem Maklumat Faraid Berkomputer 

PUSAT Pengsjian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta kaedah pembahagian harta pusaka secara Islam menggunakan komputer yang dinamakan Sistem Maklumat Faraid Berkomputer (SMFB). 

Kejayaan itu adalah hasil usaha Prof. Madya Ahmad Abd. Majid dan Prof. Madya Ahdul Rahni Mat Piah daripada Pusat Pengajian Sains Maternatik serta Profesor Madya Abdullah Emhong daripada Pusat Pengajian Sains Komputer. 

Abdul Rahni berkata kajian awal memhangunkan perisian itu hermula sejak I 995 dengan men gunakan clipper herdasarkan platform dos dan ianya diubahsuai kepada sistem operasi windows yang menggunakan tetikus mulai awal tahun ini. 

Menurutnya, peruntukan pembangunan sistem pengoperasian itu bernilai RM6000 melalui Projek Penyelidikan Jangka Penrlck USM. 

Pada awal tahun ini sisrem ini tertakluk di bawah geran jangka panjang Institusi Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan. SMFB mempunyai pangkalan data, mudah alih dan serasi dengan komputer peribadi yang boleh digunakan oleh pengguna dan institusi berkaitan dengan mudah. Abdul Rahni menjelaskan sistem ini menyelesaikan masalah faraid dengan cekap dan pantas berbanding proses manual yang mengambil masa lama. 

”SMFB menyelesaikan masalah pembahagian harta dalam masa yang cepat. Prosesnya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Tempoh ini termasuk proses mencetak maklumat,” katanya. 

Abdul Rahni berkata SMFB mempunyai kelehihan dan keis- limewaarmya yang tersendiri selain ia mudah digunakan sama ada oleh individu atau institusi yang memerlukan. Menurutnya penciptaan SMFB tidak bermaksud unluk menyisihkan ulamak dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembahagian harta tetapi untuk membantu memudahkan kerja mereka. 

Abd. Rahni memberitahu mereka telah mendapatkan khidmat pakar Syuruk Syari’ dalam proses membangunkan sistem itu. ”Malahan sekiranya ada masalah yang tidak boieh selesaikan, kami masih merujuk kepada golongan yang pakar dalam hal ini seperti Kadi Besar Pulau Pinang,” katanya. 

SMFB dijual dalam bentuk cakera padat (Compact Disk) (CD) dan disket. Harganya tertakluk kepada keperluan iaitu sekitar RM3000 dan RM5000. 

”Tempahan boleh dikemukakan melalui Pusat Inovasi dan Perundingan. Pelangan akan dibimbing cara-cara pemasangan sistem ini. Pusat ini turut menyediakan slot masa tertentu untuk perkhidmatan bimbingan pemasangan SMFB kepada pelanggan,” katanya. 

Setakat ini pelanggan SMFB ialah jabatan dan badan yang berkaitan dcngan pembahagian harta seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Jabatan Tanah Wilayah Persekutuan. 

 

Berita Harian 17 April 1999

USM pasarkan perisian faraid 

Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar 

GEORGETOWN, Jumaat – Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia (USM) mula memasarkan perisian Sistem Maklumat Faraid Berkomputernya (SMFB), pertama di negara ini, baru-baru ini. 

Penyelidik projek itu, Profesor Madya Dr Ahmad Abd Majid, berkata pemasaran perisian berharga RM5,000 seunit itu dibuat melalui Pusat Inovasi dan Perundingan USM. 

”Perisian ini mempunyai pangkalan data yang mudah alih serta serasi dengan komputer peribadi. 

”Sistem ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk mendapatkan hasil pengiraan dalam pecahan berbanding dengan sistem konvensional yang mengambil masa panjang serta memerlukan mereka yang arif dalam bidang berkenaan,” katanya di sini, hari ini. 

Dr Ahmad, berkata sistem itu adalah mesra pengguna dan mereka yang tidak biasa menggunakan komputer memerlukan masa yang begitu singkat untuk memahami cara menggunakannya. 

Menurutnya, pengguna hanya perlu memasukkan maklumat waris serta bilangannya dan komputer akan terus mengira dan memaparkan pembahagian dalam bentuk pecahan dan boleh dicetak pada bila-bila masa 
diperlukan.

”Jika pengguna memasukkan harta simati serta hutangnya, sistem ini akan terus mengira baki dan bahagian yang akan diperolehi setiap ahli waris di samping pecahan asal,” katanya. 

Sistem itu kini digunakan di Mahkamah Syariah Pulau Pinang dan diperakui berkesan dan tepat dalam masa singkat, berbanding kaedah konvensional yang berkemungkinan berlaku kesilapan. 

Kejayaan itu juga dikongsi bersama dua pensyarah lain, iaitu Prof Madya Abdul Rahni Mat Piah daripada Pusat Pengajian Sains Matematik dan Prof Madya Abdullah Embong (Pusat Pengajian Sains Komputer). 

Kajian awal untuk membangunkan sistem pengoperasian DOS sudah dimulakan pada 1995 dibawah Projek Penyelidikan Jangka Pendek USM. Pembangunan sistem operasi Windows dimulakan pada awal tahun ini di bawah geran jangka panjang USM. Dr Ahmad, berkata beberapa agensi kerajaan dan swasta berminat untuk men patkan sistem itu termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kuala Lumpur, Pusat Pengajian dan Bahasa Arab Johor Baharu selain perundingan pembelian sedang jalankan dengan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. 

Katanya, sistem ini boleh didapati dalalam bentuk CD-Rom dan sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Pusat Inovasi dan Perundingan USM, 11800 Minden, Pulau Pinang atau menerusi talian 04-860368 faksimili 04-6572210 atau e-mail majid@cs.usm.my.


 

Berita Harian 15 Januari 2002

USM plans to export software 

Universiti Sains Malaysia aims to export its e-Faraid software designed for handling the division of property and inheritance for Muslims the electronic way.

Vice-chancellor Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak said that the software, designed along the Shafie school of thought, was relevant to all Muslims.

"It is relevant to those involved in the business of inheritance like the syariah courts, land offices, insurance companies, banks and financial institutions. We hope it will be part of the larger national initiative for e-government and e-syariah," he said, adding there was potential for export to countries in the Asean region.

The software, designed by lecturers from USM's school of Computer Sciences and School of Mathematical Sciences,had already been utilised by the Land and Mines departments in the country since 1999.

Dzulkifli said this when announcing the national symposium on Faraid in the Era of Information and Communications Technology (ICT) to be held in USM's Dewan Budaya on Jan 25 and 26.

The symposium, open to potential users of the software, will be launched by Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas on Jan 25 and closed by Deputy Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi on Jan 26.

School of Mathematical Sciences deputy dean Associate Prof Dr Abd. Rahni Mt Piah said the e-Faraid software, now available only in Bahasa Malaysia, would have a global appeal once English was incorporated in it.

"We have already received enquiries from the Brunei Government," he said.

The symposium will feature four papers with the keynote address to be delivered by Syariah Judiciary Department director-general Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

 

Berita Harian 10 April 2002

Sistem e-Faraid bahagi harta ikut syarak

GEORGETOWN, Rabu – Sistem e-Faraid yang dihasilkan tiga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berupaya melaksanakan perkiraan bagi pembahagian harta ahli keluarga dan waris mengikut tuntutan syarak.

Perisian berkenaan yang hampir siap sepenuhnya yang mana bahagian pembahagian harta simati untuk kegunaan bukan Islam juga akan dimasukkan.

Ketua penyelidik sistem itu, Prof Madya Dr Ahmad Abdul Majid, berkata sistem untuk kegunaan orang bukan Islam itu mengikut Akta Pembahagian (Akta 300), Seksyen 6 (Perwarisan kepada harta tidak berwasiat).

Katanya, mengikut akta itu, orang bukan Islam boleh mengira pembahagian harta seperti sistem e-Faraid. Bagaimanapun, beliau berkata, tidak menjadi halangan bagi bukan Islam menggunakan sistem yang sama seperti diamalkan orang Islam.

"Mereka (orang bukan Islam) boleh merujuk dengan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mengenai sistem ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan kerana ia adalah sebahagian perkhidmatan kementerian berkenaan,"katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Sistem e-Faraid antara Usains Holding Sdn Bhd (Usains) dan Usmart Service Centre (Usmart) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Usains Holding Sdn Bhd, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza, Pengarah Urusan Usains, Prof Gan Ee Kiang dan Pengarah Usmart, Karena Yow Abdullah dan Prof Madya Dr Abdul Rahni Mat Piah.

Seorang lagi pensyarah yang terbabit dalam projek itu ialah Prof Madya Dr Abdullah Embong.

Pembangunan sistem berkenaan turut mendapat kerjasama Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Yusof Che Teh.

MoU itu membolehkan Usmart menggunakan sistem berkenaan untuk kegunaan pelanggan Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian.

Pada majlis itu, Karena menyerahkan cek RM60,000 kepada Syed Aidid sebagai bayaran untuk menggunakan perisian itu selama dua tahun.

Ahmad berkata, perisian itu dijual pada harga RM5,000 seunit dan Usains akan melatih kakitangan mana-mana syarikat atau jabatan yang membelinya.

 

Berita Harian 15 April 2002

e-Faraid bahagi harta cepat, tepat 

Oleh Saufi Hamzah

SEBUAH perisian komputer baru hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM), berjaya dibangunkan dan kini sudah mula dipasarkan.

Sistem yang dikenali dengan e-Faraid itu adalah satu sistem pembahagian harta bagi masyarakat Islam. Harta yang boleh dibahagikan adalah berbentuk wang atau keluasan tanah.

Sistem itu adalah hasil penyelidikan tiga ahli akademik diketuai Prof Madya Dr Ahmad Abd Majid, Prof Madya Abd Rahni Mat Piah dari Pusat Pengajian Sains Matematik dan Prof Madya Abdullah Embong dari Pusat Pengajian Sains Komputer.

Pembangunan sistem itu mendapat kerjasama Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang, Yusof Che Teh.

Dr. Ahmad berkata, program e-Faraid itu berfungsi membahagikan harta simati kepada waris mengikut formula matematik yang dikenali sebagai algoritma matematik (mathematical algorithm).

Buat masa ini, pengiraan faraid menjadi lebih cepat dan tepat berbanding masa dahulu yang mengambil masa berbulan, terutama masalah pelbagai tahap (multilayer) yang membabtikan banyak keturunan.

Projek dimulakan pada 1995 itu dibiayai geran jangka pendek USM dan geran jangka panjang (IRPA) Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Produk itu sudah dipasarkan sejak tahun lalu menerusi Usains Holding Sdn Bhd dengan harga RM5,000 termasuk pemasangan, latihan dan jaminan selama setahun.

Produk berkenaan juga pernah dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) anjuran Kementerian Sains dan Alam Sekitar pada 2000 dan pameran Asian Technology Week di Bandar Sri Begawan,Brunei pada tahun lalu.

Perisian itu sudah digunakan di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang turut membabitkan semua pejabat tanah di seluruh negara, Majlis Agama Islam Perak; Pusat Pengajian Bahasa Arab,Johor Bahru; Institut Sultan Ahmad Shah,Pahang; Baitulmal Selangor; Amanah Iktiar Malaysia dan Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

"Selain itu, kami juga sedang menyiapkan satu lagi sistem pembahagian harta kepada masyarakat bukan Islam. Sistem ini akan digunakan Kementerian Tanah mulai hujung tahun ini. Sistem yang sedang dibina ini adalah mengikut Akta Pembahagian (Akta 300), Seksyen 6 (Perwarisan kepada harta tidak berwasiat). Mengikut akta ini, masyarakat bukan Islam boleh mengira pembahagian harta dan pembahagian harta akan dijalankan oleh sistem sepertimana juga sistem e-Faraid," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Usains Holding Sdn Bhd dan Usmart Service Centre di USM baru-baru ini.

Beliau berkata, mengikut akta itu waris yang berhak menerima adalah suami/isteri, ibu/bapa, anak, adik beradik, nenek/datuk, pakcik/makcik, moyang atau moyang saudara saja.

"Diharapkan apabila sistem ini siap nanti, pembahagian harta dapat disegerakan dan kesilapan dapat dielakkan. Kita mengharapkan sistem ini dapat digunapakai di Majlis Agama Islam Negeri, Lembaga Tabung Haji, KWSP, Amanah Raya, syarikat insurans dan institusi pendidikan,"katanya.

Katanya, pada masa akan datang sistem itu akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab supaya dapat digunakan secara lebih meluas.